Sunday, October 19, 2008

BERITA POLITIK SEMASA

Zainun A. Bakar (tiga dari kiri) dan Faridah Akmal Abd. Latif mengangkat tangan
selepas diisytihar memenangi Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Dungun

MUKA BARU TERAJUI KEPIMPINAN WANITA PEMUDA DAN PUTERI DUNGUN

DUNGUN: Setelah berakhirnya Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Dungun semalam menyaksikan secara keseluruhannya kepimpinan UMNO Bahagian itu di terajui oleh muka-muka baru.

Pergerakan Wanita UMNO yang ebrsidang kira-kira pukul 11 pagi di Dewan Besar Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun menyaksikan para perwakilan telah membuat satu perubahan besar dengan menukar seluruh kepimpinan lama pergerakan tersebut dengan ahli jawatankuasa baru.

Bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita, Zainun A. Bakar yang sebelum ini menyandang jawataan sebagai Naib Ketua telah menawarkan diri bertanding sebagai ketua Wanita dan beliau ditentang oleh Rokiah Talib.

Setelah pendundian dijalankan seramai 262 orang perwakilan memilih Zainun dengan jumlah undi sebanyak 176 manakala Rokiah (111 undi).

Dengan majoriti sebanyak 65 undi yang memihak kepada Zainun maka beliau diisytiharkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Dungun yang baru bagi sesi 2008/2011.

Bagi jawatan Naib Ketua, Datin Faridah Akmal Abd. Latif isteri kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Zaabar Datuk Mohd. Adib memperolehi jumlah undi sebanyak 174 manakala pencabarnya Safiah Mohd. Ariffin pula mendapat undi sebanyak 107 dan dengan majoriti sebanyak 67 undi maka Faridah telah memenangi kerusi tersebut.

Pada persidangan itu juga para perwakilan sebulat suara telah mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia manakala Naibnya pula ialah Datuk Kamila Ibrahim.

Pada pemilihan Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Dungun menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan Ketua iaitu di antara penyandangnya Sazali Abas, Azhar Jambul dan Mohd. Asri Mohamad.

Bagaimanapun, Azhar Jambul yang memperolehi sebanyak 125 undi diisytiharkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun yang baru menewaskan dua calon iaitu penyandang Sazali (51 undi) dan Mohd. Asri (102 undi).

Bagi jawatan Naib Ketua pula dimenangi oleh Abdul Aziz Ismail dari Pemuda UMNO Cawangan Teluk Lipat yang mendapat sebanyak 142 undi menewaskan Mohd. Ridhuan Ishak (117).

Yang menarik perhatian ialah pencalonan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di mana calon popular Datuk Mukhriz Mahathir dan Kahiry Jamaluddin tewas di tangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo yang mendapat sebanyak 80 undi, Mukhriz (33) dan Khairy (12).

Manakala bagi jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, para perwakilan memberi undi kepada Razali Ibrahim sebanyak 61 undi menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican yang mendapat sebanyak 58 undi.

Puteri UMNO yang bersidang di Dewan Perpustakaan Dungun turut membuat perubahan dengan memilih Aziahwati Abdullah yang mendapat jumlah undi sebanyak 94 sebagai ketua baru dengan mengalahkan perncabarnya Norsalawati Ismail (52 undi).

Bagi jawatan naib pula, Wan Haslindayati Wan Hussain yang memperolehi sebanyak 98 undi dinobatkan sebagai Naib Ketua baru dengan mengalahkan pencabarnya, Suriya Kamaruddin (48 undi).

Pada pencalonan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, para perwakilan sebulat suara mencalonkan Rosnah Abdul Rashid Shirlin manakala naibnya pula ialah Nordiana Shafie.

Dalam ucapan penangguhan mantan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Dungun, Zaleha Long yang tidak bertanding meluahkan rasa kecewanya kerana mendakwa ada segelintir ahli pergerakan itu yang mencaci dan memaki beliau.

“Setelah 28 tahun menjadi Ketua Perrgerakan Wanita UMNO Bahagian Dungun dan telah mendidik sebahagian besdar ahli-ahli di peringkat akar umbi untuk menjadi seorang ahli yang berdidikasi tetapi hari ada di antara mereka mencai serta memaki saya.

“Bagaimanapun, saya redha dengan ketentuan itu dan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada ujian Allah SWT dan berharap agar Wanita UMNO terus kukuh dan mampu memberi cabaran kepada parti pembangkang pada pilihan raya umu akan dating,” tegasnya dengan nada sebak.

No comments: