MOHD. SAIFULLAH DAN AHMAD ZUHAIRI MENERIMA ANUGERAH PELAJAR TERBAIK IJAZAH DAN DIOLOMA
DUNGUN: Mohd. Saifullah Ahmad yang mengambil kursus Sarjana Muda Perakaunan dan Ahmad Zuhairi Zainuddin (Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat) masing-masing menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Ijazah dan Diploma pada majlis Malam Pra Graduan bagi sesi Mei – November 2008 di Dewan Aspirasi Universiti Teknologi Mara Terengganu (UiTM) Kampus Dungun di sini malam tadi.
Mereka masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM300, Sijil dan jam tangan bernilai RM200 setiap orang yang disampaikan oleh Pengarah UiTM Terengganu, Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud.
Semasa ditemui mereka masing-masing meluahkan rasa syukur dan amat berharap agar pada peperiksaan ahkir semester nanti mereka juga memperolehi markah GPA yang tinggi.
“Sebenarnya saya terharu dengan anugerah ini kerana ia dinilai bukan sahaja dari segi kecemerlangan akademik tetapi juga melibatkan keaktifan dalam setiap pelajar yang menyertai program yang dianjur sama ada di peringkat kampus ataupun di luar.
“Oleh yang demikian, saya berazam untuk memperolehi markah lebih cemerlang lagi pada peperiksaan akhir semester November nanti,” jelasnya Mohd. Saifullah.
Bagi Ahmad Zuhairi pula anugerah yang diterima pada MAPRA ini memberi perangsang kepadanya untuk belajar lebih gigih lagi menjelang peperiksaan akhir semester nanti.
“Malam ini hanyalah Malam Pra Graduan dan saya rasa syukur kerana dipilih sebagai pelajar cemerlang keseluruhan peringkat diploma dan saya bertekad untuk memperolehi markah lebih cemerlang lagi pada peperiksaan akhir semester nanti,’ ujarnya.
Sementara itu, Tengku Yusof semasa berucap berkata beliau tidak mahu para graduan UiTM Terengganu yang tamat belajar nanti terlalu mengharapkan bantuan kerajaan sama ada untuk meyambung belajar ataupun mendapat pekerjaan.
“Semasa di kampus semua pelajar diajar dan dididik dengan pelbagai ilmu sama ada dalam bidang akademik dan ataupun aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan.
“Tujuan kita berbuat demikian ialah yang pertamanya supaya mereka memperolehi cemerlang dalam bidang akademik dan seterusnya supaya mereka dapat bergaul dengan masyarakat bagi menyenangkan mereka mendapat pekerjaan nanti,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar para pelajar lepasan UiTM jangan jadi seorang graduan yang tunggu disuap tetapi sebaliknya berharap mereka berusaha mendapatkan pekerjaan.
“Saya ingin menegaskan di sini jangan terlalu mengambil hati kerana sering dimarahi oleh para pensyarah semasa belajar kerana apabila kita mendapat pekerjaan nanti kita akan berhadapan dengan majikan.
“Majikan juga akan memarahi jika kita melakukan pelbagai kesilapan tetapi marah itu hanyalah untuk menegur serta mendidik agar kita menadi seorang pekerja yang cemerlang dan berdidikasi,” jelasnya.
Habis.

No comments:
Post a Comment