Sunday, September 12, 2010

Wajarkah manusia diperlakukan begini

Sungguh sedih dan amat menyedihkan...

Di saat umat Islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidilfitri kita dikejutkan dengan berita yang sangat menyayat hati iaitu pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi iaitu Ahmad Kamil Abd, Karim (peguam peribadi), Kamaruddin Shamsudin (pemandu) dan Norhisham Mohamad (pegawai bank).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Sinin berkata, pembunuhan kejam itu dilakukan di sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting.

Hasil daripada tontonan television dan membaca akhbar-akhbar harian mendapati semua suspek yang melakukan pembunuhan kejam itu adalah berketurunan India dan salah seorang daripadanya ialah peguam yang bergelar datuk.

Dalam kes ini janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memporak-perandakan masyarakat dengan memainkan isu perkauman.

Meskipun, semua suspek berketurunan India ini tidak bermakna semua kaum India bersalah. Jadikanlah pembunuhan ini sebagai satu pengajaran.

Marilah kita mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Apa dah jadi Khairy...

Apa dah jadi Khairy!!!!!!!!!!! Inilah satu pertanyaan yang sangat wajar diajukan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Di saat-saat YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin serta semua warga Malaysia sedang berusaha untuk memantapkan lagi tali persaudaraan dengan Indonesia namum Khairy selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malysia seolah-olah sedang berusaha untuk mencurahkan minyak petrol dan cuba membakar semangat rakyat Malaysia supaya meneruskan krisis bodoh dengan Indonesia.

Adakah wajar dia meminta supaya sebahagian daripada perkahidmatan kaunter di kedutaan kita di Indonesia ditutup. Apakah motif disebalik gesaan itu. Adakah ia selaras dengan semua suara pemuda atau beliau hanya cuba mencari publisiti murahan.

Kita semua tahu bahawa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sudahpun mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah berbangkit dengan Menteri Luar Indonesia. Hasil perbincangan adalah positif.

Sebagai bijak pandai Anifah turut menyelar Khairy dengan kata-kata hikmat ini: "Khairy mungkin mpandai tetapi tidak bijak..."

Wahai pemuda UMNO yang bijaksana wajarkah Khairy menjadi ketua kamu...