Apa dah jadi Khairy!!!!!!!!!!! Inilah satu pertanyaan yang sangat wajar diajukan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.Di saat-saat YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin serta semua warga Malaysia sedang berusaha untuk memantapkan lagi tali persaudaraan dengan Indonesia namum Khairy selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malysia seolah-olah sedang berusaha untuk mencurahkan minyak petrol dan cuba membakar semangat rakyat Malaysia supaya meneruskan krisis bodoh dengan Indonesia.
Adakah wajar dia meminta supaya sebahagian daripada perkahidmatan kaunter di kedutaan kita di Indonesia ditutup. Apakah motif disebalik gesaan itu. Adakah ia selaras dengan semua suara pemuda atau beliau hanya cuba mencari publisiti murahan.
Kita semua tahu bahawa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sudahpun mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah berbangkit dengan Menteri Luar Indonesia. Hasil perbincangan adalah positif.
Sebagai bijak pandai Anifah turut menyelar Khairy dengan kata-kata hikmat ini: "Khairy mungkin mpandai tetapi tidak bijak..."
Wahai pemuda UMNO yang bijaksana wajarkah Khairy menjadi ketua kamu...
No comments:
Post a Comment