Sungguh sedih dan amat menyedihkan...Di saat umat Islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidilfitri kita dikejutkan dengan berita yang sangat menyayat hati iaitu pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi iaitu Ahmad Kamil Abd, Karim (peguam peribadi), Kamaruddin Shamsudin (pemandu) dan Norhisham Mohamad (pegawai bank).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Sinin berkata, pembunuhan kejam itu dilakukan di sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting.
Hasil daripada tontonan television dan membaca akhbar-akhbar harian mendapati semua suspek yang melakukan pembunuhan kejam itu adalah berketurunan India dan salah seorang daripadanya ialah peguam yang bergelar datuk.
Dalam kes ini janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memporak-perandakan masyarakat dengan memainkan isu perkauman.
Meskipun, semua suspek berketurunan India ini tidak bermakna semua kaum India bersalah. Jadikanlah pembunuhan ini sebagai satu pengajaran.
Marilah kita mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan semoga roh mereka dicucuri rahmat.
No comments:
Post a Comment