Saturday, November 29, 2008

TAKZIAH...

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA, AMIN...
Yang Di-Pertuan Agong DYMM Tuanku Mizan Zainal
Abidin (dua dari kanan) kelihatan sugul semasa baginda
melawat jenazah Allahyarham Timbalan Menteri
Pelajaran, Datuk Razali Ismail


Wednesday, October 22, 2008

PEMENANG ANUGERAH KAWAT

Para pemenang Anugerah Kelab Wartawan Terengganu
(KAWAT) bergambar bersama Menteri Penerangan
Malaysia, Datuk Ahmad Sabery Cheek

Monday, October 20, 2008

BERITA UiTM


MOHD. SAIFULLAH DAN AHMAD ZUHAIRI MENERIMA ANUGERAH PELAJAR TERBAIK IJAZAH DAN DIOLOMA

DUNGUN: Mohd. Saifullah Ahmad yang mengambil kursus Sarjana Muda Perakaunan dan Ahmad Zuhairi Zainuddin (Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat) masing-masing menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Ijazah dan Diploma pada majlis Malam Pra Graduan bagi sesi Mei – November 2008 di Dewan Aspirasi Universiti Teknologi Mara Terengganu (UiTM) Kampus Dungun di sini malam tadi.

Mereka masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM300, Sijil dan jam tangan bernilai RM200 setiap orang yang disampaikan oleh Pengarah UiTM Terengganu, Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud.

Semasa ditemui mereka masing-masing meluahkan rasa syukur dan amat berharap agar pada peperiksaan ahkir semester nanti mereka juga memperolehi markah GPA yang tinggi.

“Sebenarnya saya terharu dengan anugerah ini kerana ia dinilai bukan sahaja dari segi kecemerlangan akademik tetapi juga melibatkan keaktifan dalam setiap pelajar yang menyertai program yang dianjur sama ada di peringkat kampus ataupun di luar.

“Oleh yang demikian, saya berazam untuk memperolehi markah lebih cemerlang lagi pada peperiksaan akhir semester November nanti,” jelasnya Mohd. Saifullah.

Bagi Ahmad Zuhairi pula anugerah yang diterima pada MAPRA ini memberi perangsang kepadanya untuk belajar lebih gigih lagi menjelang peperiksaan akhir semester nanti.

“Malam ini hanyalah Malam Pra Graduan dan saya rasa syukur kerana dipilih sebagai pelajar cemerlang keseluruhan peringkat diploma dan saya bertekad untuk memperolehi markah lebih cemerlang lagi pada peperiksaan akhir semester nanti,’ ujarnya.

Sementara itu, Tengku Yusof semasa berucap berkata beliau tidak mahu para graduan UiTM Terengganu yang tamat belajar nanti terlalu mengharapkan bantuan kerajaan sama ada untuk meyambung belajar ataupun mendapat pekerjaan.

“Semasa di kampus semua pelajar diajar dan dididik dengan pelbagai ilmu sama ada dalam bidang akademik dan ataupun aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan.

“Tujuan kita berbuat demikian ialah yang pertamanya supaya mereka memperolehi cemerlang dalam bidang akademik dan seterusnya supaya mereka dapat bergaul dengan masyarakat bagi menyenangkan mereka mendapat pekerjaan nanti,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar para pelajar lepasan UiTM jangan jadi seorang graduan yang tunggu disuap tetapi sebaliknya berharap mereka berusaha mendapatkan pekerjaan.

“Saya ingin menegaskan di sini jangan terlalu mengambil hati kerana sering dimarahi oleh para pensyarah semasa belajar kerana apabila kita mendapat pekerjaan nanti kita akan berhadapan dengan majikan.

“Majikan juga akan memarahi jika kita melakukan pelbagai kesilapan tetapi marah itu hanyalah untuk menegur serta mendidik agar kita menadi seorang pekerja yang cemerlang dan berdidikasi,” jelasnya.

Habis.

Sunday, October 19, 2008

BERITA POLITIK SEMASA

Zainun A. Bakar (tiga dari kiri) dan Faridah Akmal Abd. Latif mengangkat tangan
selepas diisytihar memenangi Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Dungun

MUKA BARU TERAJUI KEPIMPINAN WANITA PEMUDA DAN PUTERI DUNGUN

DUNGUN: Setelah berakhirnya Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Dungun semalam menyaksikan secara keseluruhannya kepimpinan UMNO Bahagian itu di terajui oleh muka-muka baru.

Pergerakan Wanita UMNO yang ebrsidang kira-kira pukul 11 pagi di Dewan Besar Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun menyaksikan para perwakilan telah membuat satu perubahan besar dengan menukar seluruh kepimpinan lama pergerakan tersebut dengan ahli jawatankuasa baru.

Bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita, Zainun A. Bakar yang sebelum ini menyandang jawataan sebagai Naib Ketua telah menawarkan diri bertanding sebagai ketua Wanita dan beliau ditentang oleh Rokiah Talib.

Setelah pendundian dijalankan seramai 262 orang perwakilan memilih Zainun dengan jumlah undi sebanyak 176 manakala Rokiah (111 undi).

Dengan majoriti sebanyak 65 undi yang memihak kepada Zainun maka beliau diisytiharkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Dungun yang baru bagi sesi 2008/2011.

Bagi jawatan Naib Ketua, Datin Faridah Akmal Abd. Latif isteri kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Zaabar Datuk Mohd. Adib memperolehi jumlah undi sebanyak 174 manakala pencabarnya Safiah Mohd. Ariffin pula mendapat undi sebanyak 107 dan dengan majoriti sebanyak 67 undi maka Faridah telah memenangi kerusi tersebut.

Pada persidangan itu juga para perwakilan sebulat suara telah mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia manakala Naibnya pula ialah Datuk Kamila Ibrahim.

Pada pemilihan Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Dungun menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan Ketua iaitu di antara penyandangnya Sazali Abas, Azhar Jambul dan Mohd. Asri Mohamad.

Bagaimanapun, Azhar Jambul yang memperolehi sebanyak 125 undi diisytiharkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun yang baru menewaskan dua calon iaitu penyandang Sazali (51 undi) dan Mohd. Asri (102 undi).

Bagi jawatan Naib Ketua pula dimenangi oleh Abdul Aziz Ismail dari Pemuda UMNO Cawangan Teluk Lipat yang mendapat sebanyak 142 undi menewaskan Mohd. Ridhuan Ishak (117).

Yang menarik perhatian ialah pencalonan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di mana calon popular Datuk Mukhriz Mahathir dan Kahiry Jamaluddin tewas di tangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo yang mendapat sebanyak 80 undi, Mukhriz (33) dan Khairy (12).

Manakala bagi jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, para perwakilan memberi undi kepada Razali Ibrahim sebanyak 61 undi menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican yang mendapat sebanyak 58 undi.

Puteri UMNO yang bersidang di Dewan Perpustakaan Dungun turut membuat perubahan dengan memilih Aziahwati Abdullah yang mendapat jumlah undi sebanyak 94 sebagai ketua baru dengan mengalahkan perncabarnya Norsalawati Ismail (52 undi).

Bagi jawatan naib pula, Wan Haslindayati Wan Hussain yang memperolehi sebanyak 98 undi dinobatkan sebagai Naib Ketua baru dengan mengalahkan pencabarnya, Suriya Kamaruddin (48 undi).

Pada pencalonan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, para perwakilan sebulat suara mencalonkan Rosnah Abdul Rashid Shirlin manakala naibnya pula ialah Nordiana Shafie.

Dalam ucapan penangguhan mantan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Dungun, Zaleha Long yang tidak bertanding meluahkan rasa kecewanya kerana mendakwa ada segelintir ahli pergerakan itu yang mencaci dan memaki beliau.

“Setelah 28 tahun menjadi Ketua Perrgerakan Wanita UMNO Bahagian Dungun dan telah mendidik sebahagian besdar ahli-ahli di peringkat akar umbi untuk menjadi seorang ahli yang berdidikasi tetapi hari ada di antara mereka mencai serta memaki saya.

“Bagaimanapun, saya redha dengan ketentuan itu dan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada ujian Allah SWT dan berharap agar Wanita UMNO terus kukuh dan mampu memberi cabaran kepada parti pembangkang pada pilihan raya umu akan dating,” tegasnya dengan nada sebak.

BERITA AM

Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Negeri Terengganu,
Datin Seri Tengku Ramlah Azizah memberi hamper kepada
seorang kanak-kanak sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia
di Wad Kanak-Kanak Hospital Daerah Dungun


PANDU PUTERI TERENGGANU MOHON AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN NGO MEMBERI BANTUAN TEMPAT KEGIATAN

DUNGUN : Persatuan Pandu Puteri Negeri Terengganu yang telah mencapai usia 90 tahun merayu agar ada pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, NGO ataupun orang perseorangan yang sudi menghulurkan bantuan kepada persatuan tersebut berupa sebuah bangunan ataupun tempat bagi ahli-ahlinya menjalankan kegiatan.

Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Negeri Terengganu, Datin Seri Tengku Ramlah Azizah Ismail Nasiruddin Shah berkata, buat masa ini ahli-ahlinya terpaksa menumpang di tempat-tempat tertentu yang sebahagian besarnya dipohon melalui Pejabat Pendidikan Daerah.

Beliau berkata, keadaan zaman telah berubah dan Pandu Puteri Terengganu telah mencapai usia 90 tahun tetapi masih tidak mempunyai tempat khusus untuk menjalankan kegiatan.

“Sebenarnya kita amat berharap agar ada agensi kerajaan, swasta, NGO ataupun orang perseorangan yang bermurah hati untuk memberikan kemudahan tempat ataupun bangunan kepada Pandu Puteri di setiap daerah di negeri ini bagi memudahkan ahli-ahli kami bergiat.

“Bagaimanapun, saya amat berterima kasih kepada Pejabat Pendidikan Negeri atau daerah yang selama ini membantu kami menyediakan kemudahan tempat bagi anggota menjalankan aktiviti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian/Harian Metro pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Majlis Perbandaran Dungun semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Zakariah Ali, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Daerah Dungun, Zul Bahari Ahmad dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Dungun, Mokhtar Omar.

Tengku Ramlah Azizah yang juga ibu saudara kepada Sultan Mizan Zainal Abidin seterusnya berkata, sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia semalam pihaknya juga membuat lawatan ke Wad Kanak-Kanak Hospital Dungun.

Jelasnya pada program tersebut pihaknya bermurah hati memberi hamper kepada kanak-kanak yang sedang di wad berkenaan.

“Sebenarnya itu adalah di antara kelendar tetap Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu
Dan berharap dengan aktiviti kebajikan itu dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga kanak-kanak itu,” ujarnya.

BERITA POLITIK SEMASA 1

Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan bersalam
dengan salah seorang perwakilan pada majlis Perasmian Persidangan
Kelompok di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun

WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO DIMINTA LUPAKAN SENGKETA SELEPAS PEMILIHAN

DUNGUN: Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Dungun di sini diminta supaya melupakan sengketa selepas pemilihan pucuk pimpinan parti dan perlu berganding bahu demi memperkuatkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan berkata, berganding bahu serta bersatu di kalangan ahli UMNO sangat penting terutamanya dalam keadaan rakyat sudah kurang yakin dengan parti ini.

Beliau berkata, pada pilihan raya umum ke -12 lalu meskipun negeri Terengganu memenangi dua pertiga dan BN berjaya memerintah tetapi ada lagi beberapa kawasan yang nampak lemah dan mengalami kekalahan.

“Kita tahu bahawa semua ahli UMNO dan BN telah memainkan peranan yang setimpal semasa pilihan raya umum lalu tetapi ada beberapa kawasan di negeri ini seperti kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura nampak lemah dan kalah kepada calon Pas.

“Oleh itu saya berseru kepada semua ahli terutamanya pucuk pimpinan yang dipilih sebagai Ketua, Naib Ketua dan ahli jawatankuasa pada persidangan perwakilan hari ini perlu memainkan peranan yang utuh dan lupakanlah sengketa demi melihat UMNO terus gah di kacamata rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Berkelompok Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Besar Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail (SMASID) di sini hari ini.

Persidangan Pergerakan Wanita dilangsungkan di Dewan Besar SMASID, Pemuda di Dewan Majlis Perbandaran Dungun dan Puteri di Dewan Perpustakaan Dungun.

Tinjauan Berita Harian mendapati semua persidangan sedang berlangsung dengan aman dan jumlah perwakilan Pergerakan Wanita yang hadir ialah 262 orang, Pemuda 288 manakala Pergerakan Puteri ialah seramai 120 orang.

Datuk Rosli yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu seterusnya berkata, kekalahan calon BN Kawasan Sura bukanlah kekuatan Pas tetapi ada segelintir penyokong BN yang memberi undi kepada calon Pas.

Bagaimanapun, beliau memuji ahli Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO termasuk MCA dan Gerakan yang bekerja keras menjalankan kempen bagi memastikan calon Parlimen BN, Rantau Abang serta Paka menang pada pilihan raya umum lalu.

Friday, October 3, 2008

HORMATILAH RAJA KITE

DAULAT TUANKU...

RAJA-RAJA Melayu dan Yang Dipertua Negeri serta Menteri Besar dan Ketua Menteri bergambar selepas Mesyuarat majlsi raja-Raja Melayu ke-215 di Istana maziah, Kuala Terengganu








SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Dari kiri (berdiri) : Syed Mohd. Azam & Syed Mohd. Ridhwan
Dari kiri (duduk) : Che Ku Zainal, Tuan Zaiton Syed Ahmad & Che Ku Muhammad Saffri

SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA TAHUN INI AKU INGIN MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN". SEMPENA PADA HARI RAYA INI JUGA AKU INGIN MEMINTA MAAF KEPADA SEMUA INSAN YANG PERNAH AKU SAKITI HATI MEREKA. MAAFKANLAH AKU SEMOGA KITA SEMUA MEMPEROLEHI KEMENANGAN. INSYA ALLAH...

Tuesday, September 30, 2008

SAMBUTAN HARI RAYA

BUDAYA KUNJUNG-MENGUNJUNG ERATKAN
HUBUNGAN SILATURAHIM DI ANTARA KELUARGA

Bulan Ramadan Al Mubarak telahpun meninggalkan kita dan hari kemenangan telahpun tiba. Sanak saudara pun sudah mula menjengok ke rumah, berkumpul beramai-ramai dengan penuh mesra dan bahagia. Kebanyakan mereka mengambil kesempatan untuk bercuti lebih awal bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 01 Syawal 1429 bersamaan 01 Oktober 2008. Suasana meriah juga amat dirasai apabila umat Islam bertandang ke masjid dan surau untuk menunaikan solat sunat aidilfitri dan selepas itu mereka berkunjung ke rumah rakan-rakan dan keluarga untuk bertemu serta bermaaf-maafan. Inilah intipati topik perbincangan kita hari ini. Hari Raya seringkali dikaitkan dengan soal bermaaf-maafan, budaya kunjung- mengunjung dan perpaduan di kalangan umat Islam serta bukan Islam amat dirasai.

Bagaimanapun, musim perayaan dalam konteks negara kita seringkali juga dikaitkan dengan masalah kemalangan jalan raya. Saban tahun ia dikatakan semakin meningkat dan amat membimbangkan. Apatah lagi jika dilihat daripada statistik, ia telah menunjukkan angka mereka yang maut di jalan raya adalah sesuatu yang amat tinggi dan sehingga semalam seramai 105 orang telah menjadi korban di jalan raya. Ini sudah tentu menjadi satu kerugian yang amat besar kepada negara. Biarlah isu ini ditangani oleh pihak berkuasa. Apa yang hendak diperkatakan hari ini ialah mengenai peranan Hari Raya itu sendiri dalam konteks mengeratkan hubungan kekeluargaan dan perpaduan sesama kita.

Ya, bagi kita kehidupan bekeluarga bukanlah isu besar yang perlu diberikan perhatian serius. Jika itu tanggapan kita, ternyata ia adalah sesuatu yang meleset. Dalam kehidupan kita hari ini, tidak semua keluarga mempunyai hubungan yang kukuh. Hakikatnya masih terdapat di kalangan kita yang tidak bertegur sapa walaupun di kalangan adik beradik sendiri. Ia berlaku disebabkan pelbagai faktor yang tidaklah perlu dibincangkan di sini. Apa yang penting, hubungan dingin sesama keluarga itu sebenarnya masih wujud dan berlaku.

Kita pun hairan mengapakah perkara sedemikian masih berlaku. Oleh kerana itu, Hari Raya yang tiba setahun sekali merupakan masa paling sesuai untuk kita semua merapatkan hubungan dan bermaaf-maafan sesama keluarga kita. Usahlah bergaduh sesama sendiri hanya disebabkan isu-isu yang remeh. Jika kita boleh mengambil sikap mementing dan mengutamakan perpaduan di kalangan keluarga kita, maka ia sudah tentu menjadi permulaan yang baik ke arah mengeratkan hubungan sesama kita di kalangan masyarakat. Ini kerana, permulaan yang baik dalam sesebuah keluarga akan membawa banyak keuntungan kepada masyarakat.

Oleh kerana itulah terdapatnya kempen keluarga bahagia, rumahku syurgaku dan sebagainya. Semua itu turut mempunyai matlamat bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan sendiri. Justeru, pada kesempatan bersempena dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang menjadi Hari Kemenangan kepada kita umat Islam, marilah kita semua mengambil peluang untuk bukan sahaja bermaaf-maafan tetapi memperkukuhkan lagi institusi keluarga.

Seperti yang disebutkan tadi, Aidilfitri telah berjaya menghimpunkan seluruh ahli keluarga, sama ada yang kecil atau pun besar. Perhimpunan tersebut jika masih dibajai dengan perasaan yang negatif, maka ia tidak akan mencapai matlamat di sebalik ketibaan Hari Raya itu sendiri. Lupakan sejenak masalah perbezaan fahaman politik. Jika orang yang bermain politik mempunyai fahaman yang tidak terbuka maka hancurlah pertalian kekeluargaan. Jika kita tidak menagani perkara ini secara positif maka seorang demi seorang ahli keluarga kita akan terhakis dari dairi kehidupan keturunan.

Jadi rebutlah peluang pada Hari Raya untuk memohon maaf serta memaafkan orang lain. Jika kita gagal merebut peluang yang datang hanya sekali setahun amat malang sekali. Adakah sifat ego mengatasi semuanya. Buanglah sifat keegoan dan taatlah kepada perintah Allah SWT.

Mungkin sebahagian daripada anda menyatakan topik yang diperkatakan ini agak mengarut. Namun jika anda menyelami apa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini, isu yang dibincangkan ini amat relevan dan perlu diberikan tumpuan.

Ingatlah biasanya isu yang dianggap remeh itu mampu membawa kesan yang sangat besar terhadap kehidupan seharian kita tanpa kita sendiri menyedarinya. Tabiat orang kita pun memang begitu, selalu memandang mudah mengenai banyak perkara. Oleh itu bersempena bulan Syawal yang mulia ini marilah kita berkunjung ke rumah sanak saudara bagi merapatkan uquwah Islamiah. Perhimpunan keluarga amat penting dalam dairi kehidupan kita kerana inilah keturunan kita. Janganlah apabila Allah SWT menjemput salah seorang ahli keluarga kita kembali kepadaNya barulah kita menyesal dan meratapi di tanah perkuburan.

Memohon maaflah sesama kita agar Allah memaafkan kita. Lupakanlah segala salah faham dan sengketa di hari yang mulia ini. Marilah kita bersatu dan mengeratkan perpaduan bermula di dalam keluarga kita sendiri. Sesungguhnya keluarga bahagia akan bermula di hati yang luhur dan mulia dari dalam diri kita. Fikirkanlah...

Monday, June 16, 2008

Royalti Minyak Dikembalikan...

DATUK AHMAD SAIDAULAT TUANKU...
Memang tidak dinafikan bahawa duit adalah keperluan utama untuk membangunkan sesebuah negeri lebih-lebih lagi bagi negeri seperti Terengganu yang masih lagi dianggap sebuah negeri yang agak mundur serta ketinggalan daripada arus pembangunan sama ada infrastruktur ataupun modal insan.
Dalam keadaan begini kita perlu berterima kasih kepada bekas Mebteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang begitu gigih membangunkan negeri ini. Kita lihat sahaha betapa gahnya Taman Tamadun Islam (TTI), Stadium Sultan Mizan dan sebagainya. Kita tidak perlu melayani kerenah orang yang sering mengkritik kepimpinan Idris tetapi kita perlu menyanjungi jasa-jasa beliau yang begitu gigih membangunkan Terengganu.

Berita yang hangat diperkatakan ialah mengenai langkah Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said yang mendesak supaya kerajaan Pusat mengembalikan semula Royalti Minyak sebanyak Lima Peratus (5%) kepada negeri Terengganu. Dalam keadaan negeri ini yang sedang membangun kita lihat ini adalah satu langkah yang paling tepat. Meskipun banyak juga orang mempertikaikannya namun itulah yang dilihat secara positifnya oleh pucuk pimpinan Terengganu ketika ini. Mengembalikan hak yang telah `dirampas' patut diberi sokongan yang padu.

Duit royalti tersebut akan digunakan untuk membangunkan modal insan, pendidikan serta infrastruktur. Meskipun tuntutan royalti masih diperingkat rundingan namun rakyat tetap menunggu dengan hati yang tabah mengenai perkembangan semasa. Marilah kita doakan agar hasil royalti sebanyak 5% akan dikembalikan kepada negeri Terengganu Darul Iman...