DATUK AHMAD SAIDAULAT TUANKU...Memang tidak dinafikan bahawa duit adalah keperluan utama untuk membangunkan sesebuah negeri lebih-lebih lagi bagi negeri seperti Terengganu yang masih lagi dianggap sebuah negeri yang agak mundur serta ketinggalan daripada arus pembangunan sama ada infrastruktur ataupun modal insan.
Dalam keadaan begini kita perlu berterima kasih kepada bekas Mebteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang begitu gigih membangunkan negeri ini. Kita lihat sahaha betapa gahnya Taman Tamadun Islam (TTI), Stadium Sultan Mizan dan sebagainya. Kita tidak perlu melayani kerenah orang yang sering mengkritik kepimpinan Idris tetapi kita perlu menyanjungi jasa-jasa beliau yang begitu gigih membangunkan Terengganu.
Berita yang hangat diperkatakan ialah mengenai langkah Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said yang mendesak supaya kerajaan Pusat mengembalikan semula Royalti Minyak sebanyak Lima Peratus (5%) kepada negeri Terengganu. Dalam keadaan negeri ini yang sedang membangun kita lihat ini adalah satu langkah yang paling tepat. Meskipun banyak juga orang mempertikaikannya namun itulah yang dilihat secara positifnya oleh pucuk pimpinan Terengganu ketika ini. Mengembalikan hak yang telah `dirampas' patut diberi sokongan yang padu.

Duit royalti tersebut akan digunakan untuk membangunkan modal insan, pendidikan serta infrastruktur. Meskipun tuntutan royalti masih diperingkat rundingan namun rakyat tetap menunggu dengan hati yang tabah mengenai perkembangan semasa. Marilah kita doakan agar hasil royalti sebanyak 5% akan dikembalikan kepada negeri Terengganu Darul Iman...